.

.

Senin, 23 Februari 2009

Fadhilah Ayat Kursi

Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana
kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya
satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang
membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap
pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah
akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang
buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya
juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan
dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak
18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan
rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang
akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali
lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insyaAllah, Allah akan
mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua….. Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta
membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi
Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca
ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi
Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat
pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri
daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan
keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan
penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika
anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca
ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,

Allah mewakilkan 2
orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga
sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan
barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca
ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia
hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga
Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum
keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia
adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar